Saturday, 23 April 2011

PART TIME..ANYONE??

assalamualaikum wbt. tamat sudah peperiksaan yang menyiksa jiwa dan raga aku untuk 3 minggu berturut2. pelbagai kerenah dan tingkah laku yang dapat aku perhatikan: bila tension terus tidor, ade yang saje membuat onar dengan mengganggu sahabat laen yang khusyuk lagi tawaduk sedang menelaah pelajaran, ade yang main video game, dan macam2 kerenah lagi. semuanye kerana exam. mungkin ade yang naik berat badan kerana exam. mungkin ade yang putus cinta kerana exam. mungkin ade yang nak bunuh diri kerana exam. apa yang dapat aku katakan kat sini, exam dah habis so turunkan la ape yang dah naik tu, sambung la semula ape yang putus tu, dan bunuh la perasaan nak bunuh diri tu. sem depan insyaAllah ade exam lagi, simpan untuk sem depan pulak ye. hehehe.
        bile exam dah habis, ade yang menjerit kegirangan. ade yang menangis kegembiraan, ade yang melompat keriangan, ade yang menangis kesedihan sebab time jawab paper tu banyak buat mistake. tak kisah la pape pun. ape yang dapat aku katakan lagi kat sini, exam dah habis. hehehe. 
       cuti yang menanti dilihat sebagai medan untuk melaksanakan pelbagai perkara. ade yang nak berehat sepuas2nye, ade yang nak study untuk next sem, ade yang nak membantu ibu bapa di kampung dan macam2 lagi. bile cuti tibe, satu persoalan pasti akan muncul di benak fikiran semua orang, aku pasti. iaitu, "cuti ni aku nak kerja lah". ye, sewaktu cuti2 sebegini pasti ade dalam kalangan kite yang mahu bekerja. anda bagaimane?? 
        aku dah confirm dapat kerja waktu cuti ni, iaitu membantu abah aku di kebun kelapa sawitnye. sewaktu cuti menunggu keputusan SPM dahulukala, itulah pekerjaan part time aku. dapat gaji, tapi tak la loaded mane pun. setakat mampu untuk topup tu boleh la. hehehe.
    ye, membantu abah aku di kebun kelapa sawitnye. bagi aku, ianya 'cukup menyeronokkan'. mungkin ade yang mempersoalkan, "ko ni pandai ke berkebun??". ingin aku nyatekan disini, aku dah start membantu abah aku di kebun sejak darjah 5 lagi. jadi setakat mencangkul tu, insyaAllah tiada masalah. (errr takde nada riak kan??hehe) macam2 kerja yang boleh aku buat kat kebun tu, antaranye meracun rumput2 dan lalang2 yang tumbuh meninggi, membaja pokok2 kelapa sawit, dan menembak ayam hutan. jeng3. ni part paling seronok bile pergi kebun. boleh tembak ayam hutaaaaaan. hehehe.
       cukup setakat ini aku coretkan aktiviti yang bakal aku tempuhi bile cuti menjelma. bagi anda, aktiviti ini mungkin agak membosankan tapi tidak mengapa. kerana aku rase bosan jugak sebenarnye. hahaha. sekian. adiosaaa..~

p/s: ayat skema sikit malam ni. efek exam tak hilang lagi kot. hehehe

3 comments:

nur haslinda zainal said...
This comment has been removed by the author.
nur haslinda zainal said...

wahh dah abes exam la ~ jeles2 ! anyway hepy holiday (;

p/s : comment ats tu salah post. hak3 kbye ;p

syaheer said...

x holiday lg ke?
btw tq2..hehe