Thursday 22 January 2015

EHEM EHEM

bismillah.

assalamualaikum pembuka bicara.

aku tau, aku tau. bersawang ke berhabuk ke bersepah ke. aku tengah nak bersihkan ler ni. baca entry lama, hmmm macam tu rupanya aku dulu. meroyan je kerjanya. eh sekarang pun sama. hahaha.

tiba masa untuk jadi lebih matang kot. buat benda yang bermanfaat.

tetiba ter'trigger' untuk jenguk blog ni sebab 'terbakar' dengan beberapa insan yang hebat dengan penulisan mereka. ye, aku rasa mahu menulis, perlu menulis. dengan penulisan, aku mahu mengajak diri aku untuk berfikir dan kalau boleh orang lain pun terikut sama untuk berfikir.

yup. jom jadi golongan pemikir.

Tuesday 6 September 2011

TANDA-TANDA ANDA SIHAT WALAFIAT.

assalamualaikum wbt. 

bertemu kembali setelah penat menjalankan ibadah puasa dan penat beraya bersama keluarga. SELAMAT HARI RAYA SEMUA! this time around, aku nak kasik tau sama korang tentang bagaimana korang nak tahu sama ada korang sihat atau pun tidak. benda ni lebih berkaitan dengan tahap kecergasan gitu. jom sama-sama kita baca..~

1) korang punya resting heart rate bersamaan dengan 70 degupan seminit atau kurang daripada tu. kalau lebih tinggi daripada ni, korang kena selalu bersenam lah nampaknya. tak susah pun bersenam kan. cuma nak tak nak buat je. hehehe. haa cuba cek sekarang.

2) kuku korang berwarna merah jambu lembut gitu. awwww~. ok serius. disamping itu, permukaan kuku tersebut licin, bukan kasar. kalau berwarna kuning, ada kaitan dengan penyakit respiratori tau.

3) air kencing korang berwarna jernih, bukan lutsinar dan bukan kuning. ini bermakna badan korang telah menerima air yang mencukupi untuk sistem dalam badan.

4) korang bole push ups 20 kali dalam 1 percubaan. bagi lelaki la. benda ni boleh buat bila-bila masa. bosan-bosan tengah makan, haa buat lah. 

5) korang boleh berlari sejauh 1 batu (1.6 km) dalam masa 15 minit. lagi cepat, lagi bagus. kalau melebihi 15 minit, tahap kecergasan korang perlu diperbaiki. 

6) pembuangan air besar (berak) korang pada waktu yang sama setiap hari. ini berkaitan dengan jumlah pengambilan air sehari selain daripada jumlah kanji. kalau nak senang buang air besar, makan betik/pisang dan minum banyak air kosong.

7) korang mampu bangun setiap pagi tanpa perlu mengunci alarm. tapi yang ni confirm kena tidur awal dulu malam tu kan. kalau tidur lewat, jangan harap laaa.

8) berat korang sekarang dalam lingkungan 10 paun (4.5 kg) dari berat ideal yang sesuai untuk korang. periksa BMI untuk ketahui berat ideal korang. 

9) selepas bersenam, heart rate korang kembali normal (70 denyutan seminit) dalam masa 5 minit. kalau lagi cepat, itu maknanya korang dalam keadaan yang sangat bagus. 

10) korang ingat bila kali terakhir buat pemeriksaan kesihatan. hahaha. yang ni aku rasa tak ramai yang buat. cuma waktu nak masuk kolej/universiti baru buat kan. jangan tipu lah. hehehe

jadi, korang dah baca tanda-tanda sihat atau pun tidak. bagaimana keadaan korang sekarang? sihat atau pun tidak? kalau tak sihat, masih sempat untuk perbaiki tahap kesihatan tersebut. selain daripada senaman, jaga pemakanan juga ok. semoga kita sihat dan cergas sentiasa. sekian. tata~

Sunday 28 August 2011

TWITTER & FORMSPRING

assalamualaikum wbt.
fuh lamenye aku tak jenguk blog ni, takde mood punye pasal.
eh jangan salah paham, aku takde mood nak update ade sebabnye.
motif buat blog ni sebab nak jadikannye photoblog.
tapi tak kesampaian hasratku, hilang mood. huhuhu~
takpe la, buat mase ni aku kumpul duit banyak2 dulu.
btw, sile lah follow aku di twitter http://twitter.com/#!/syahshu & formspring www.formspring.me/syaheer90.
papai.
adiosaaa..~

Sunday 10 July 2011

TANGGUNGJAWAB KEPADA MASA

assalamualaikum wbt.


alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kite masih diberi kesempatan untuk bernafas dan beramal di muka bumi Allah swt ini. di kesempatan yang Allah berikan ni, aku nak kongsi sikit pasal tanggungjawab ke atas masa. bukan niat nak mengajar, cuma mengingatkan kepade yang lupe. :)


waktu/masa merupakan elemen yang penting dalam hidup kite. ia juge sebagai rakan bagi orang yang pandai menguruskannye. sebaliknye, kalau kite gagal menguruskannye dengan baik, secare automatik masa menjadi musuh bagi kite. basically, ade beberape kategori manusia: 
1) die tak sedar pun pasal kepentingan waktu, last2 mengabaikannye.
2) die tahu kepentingan waktu, tapi tak mampu jugak mengambil faedah daripadanye.
3) die tahu kepentingan waktu, tapi susah nak bertindak secare realiti ke atas waktu tersebut. 


mase yang berlalu, kite tak mampu nak ulangi semule. kalau di mase lampau kite ade buat kebaikan, alhamdulillah. semoga kite diberi ganjaran oleh Allah swt. tapi kalau kite buat maksiat, bagaimane? bertaubatlah. nabi Muhammad saw bersabda "sebaik2 anak adam yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat". insyaAllah, semoga taubat kite diterima oleh Allah.


kalau kite mampu uruskan mase kite dengan baik, insyaAllah masa kite akan sentiase terisi dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepade kite. jadi bagaimana nak uruskan masa kite dengan baik? konsepnye begini "perkare yang tidak penting tidak perlu didahulukan daripada perkara yang lebih penting. ape2 sahaje yang telah ditetapkan pada waktu yang lain tak perlu dipercepatkan/dilewatkan. ianye mesti dilaksanekan pada waktunye". jika kite berpegang kepada konsep ni, insyaAllah masa kite akan nampak teratur dan cantik je. 


sebagai student, dah menjadi tanggungjawab kite untuk menuntut ilmu. semampu yang boleh, kite balancekan ilmu duniawi dan ukhrawi. dengan cara itu barulah kite tak rugi. dunia dapat, akhirat pun dapat. dalam pada kite tunaikan tanggungjawab sebagai student tu, jangan abaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. tunaikan solat di awal waktu, jangan percepatkan atau lewatkan. ok?


selain bekerja, kite kena ada masa untuk berehat jugak. saidina Ali ra berkata "rehatkanlah hati selepas setiap masa, kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta". maknenye macam ni. sebagai pelajar, kite ade banyak tugas kan? bile kite tekun dan sabar nak siapkan tugas tu, secare tak sedar jiwa kite akan jadi bosan. yela sape tak bosan asyik mengadap tugas lame2. tatkala itu, rehatkanlah badan dan minda kite. dikhuatiri, kalau kite tak ade tempoh untuk berehat akan mengganggu kesinambungan tugas, diri sendiri, keluarga dan masyarakat. nabi Muhammad saw bersabda "sesungguhnya terdapat hak ke atas kamu untuk badan kamu, dan terdapat hak ke atas kamu untuk ahli keluarga kamu, dan terdapat hak ke atas kamu untuk orang yang menziarahi kamu" (riwayat al-bukhari) so buat keje tu jangan lupe rehat ye!


ape yang baik datang daripada Allah, dan ape yang buruk datang daripada kelemahan diri aku sendiri. perkongsian ilmu yang sikit ni, diharap dapat memberi manfaat kepada semua. semoga kite diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah swt. insyaAllah. :)

Wednesday 29 June 2011

TAK BERTAJUK

assalamualaikum wbt. 
wah dah lame sangat tak update pape kat sini. semua pasal masum kat upm sampai aku tak sempat nak jenguk blog. insyaAllah dalam mase yang terdekat ni, aku akan cube update dengan topik-topik yang kite tau, tapi mudah kite lupe. name pun manusia kan. so, sampai sini dulu. adiosaaa..~