Tuesday 6 September 2011

TANDA-TANDA ANDA SIHAT WALAFIAT.

assalamualaikum wbt. 

bertemu kembali setelah penat menjalankan ibadah puasa dan penat beraya bersama keluarga. SELAMAT HARI RAYA SEMUA! this time around, aku nak kasik tau sama korang tentang bagaimana korang nak tahu sama ada korang sihat atau pun tidak. benda ni lebih berkaitan dengan tahap kecergasan gitu. jom sama-sama kita baca..~

1) korang punya resting heart rate bersamaan dengan 70 degupan seminit atau kurang daripada tu. kalau lebih tinggi daripada ni, korang kena selalu bersenam lah nampaknya. tak susah pun bersenam kan. cuma nak tak nak buat je. hehehe. haa cuba cek sekarang.

2) kuku korang berwarna merah jambu lembut gitu. awwww~. ok serius. disamping itu, permukaan kuku tersebut licin, bukan kasar. kalau berwarna kuning, ada kaitan dengan penyakit respiratori tau.

3) air kencing korang berwarna jernih, bukan lutsinar dan bukan kuning. ini bermakna badan korang telah menerima air yang mencukupi untuk sistem dalam badan.

4) korang bole push ups 20 kali dalam 1 percubaan. bagi lelaki la. benda ni boleh buat bila-bila masa. bosan-bosan tengah makan, haa buat lah. 

5) korang boleh berlari sejauh 1 batu (1.6 km) dalam masa 15 minit. lagi cepat, lagi bagus. kalau melebihi 15 minit, tahap kecergasan korang perlu diperbaiki. 

6) pembuangan air besar (berak) korang pada waktu yang sama setiap hari. ini berkaitan dengan jumlah pengambilan air sehari selain daripada jumlah kanji. kalau nak senang buang air besar, makan betik/pisang dan minum banyak air kosong.

7) korang mampu bangun setiap pagi tanpa perlu mengunci alarm. tapi yang ni confirm kena tidur awal dulu malam tu kan. kalau tidur lewat, jangan harap laaa.

8) berat korang sekarang dalam lingkungan 10 paun (4.5 kg) dari berat ideal yang sesuai untuk korang. periksa BMI untuk ketahui berat ideal korang. 

9) selepas bersenam, heart rate korang kembali normal (70 denyutan seminit) dalam masa 5 minit. kalau lagi cepat, itu maknanya korang dalam keadaan yang sangat bagus. 

10) korang ingat bila kali terakhir buat pemeriksaan kesihatan. hahaha. yang ni aku rasa tak ramai yang buat. cuma waktu nak masuk kolej/universiti baru buat kan. jangan tipu lah. hehehe

jadi, korang dah baca tanda-tanda sihat atau pun tidak. bagaimana keadaan korang sekarang? sihat atau pun tidak? kalau tak sihat, masih sempat untuk perbaiki tahap kesihatan tersebut. selain daripada senaman, jaga pemakanan juga ok. semoga kita sihat dan cergas sentiasa. sekian. tata~

Sunday 28 August 2011

TWITTER & FORMSPRING

assalamualaikum wbt.
fuh lamenye aku tak jenguk blog ni, takde mood punye pasal.
eh jangan salah paham, aku takde mood nak update ade sebabnye.
motif buat blog ni sebab nak jadikannye photoblog.
tapi tak kesampaian hasratku, hilang mood. huhuhu~
takpe la, buat mase ni aku kumpul duit banyak2 dulu.
btw, sile lah follow aku di twitter http://twitter.com/#!/syahshu & formspring www.formspring.me/syaheer90.
papai.
adiosaaa..~

Sunday 10 July 2011

TANGGUNGJAWAB KEPADA MASA

assalamualaikum wbt.


alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kite masih diberi kesempatan untuk bernafas dan beramal di muka bumi Allah swt ini. di kesempatan yang Allah berikan ni, aku nak kongsi sikit pasal tanggungjawab ke atas masa. bukan niat nak mengajar, cuma mengingatkan kepade yang lupe. :)


waktu/masa merupakan elemen yang penting dalam hidup kite. ia juge sebagai rakan bagi orang yang pandai menguruskannye. sebaliknye, kalau kite gagal menguruskannye dengan baik, secare automatik masa menjadi musuh bagi kite. basically, ade beberape kategori manusia: 
1) die tak sedar pun pasal kepentingan waktu, last2 mengabaikannye.
2) die tahu kepentingan waktu, tapi tak mampu jugak mengambil faedah daripadanye.
3) die tahu kepentingan waktu, tapi susah nak bertindak secare realiti ke atas waktu tersebut. 


mase yang berlalu, kite tak mampu nak ulangi semule. kalau di mase lampau kite ade buat kebaikan, alhamdulillah. semoga kite diberi ganjaran oleh Allah swt. tapi kalau kite buat maksiat, bagaimane? bertaubatlah. nabi Muhammad saw bersabda "sebaik2 anak adam yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat". insyaAllah, semoga taubat kite diterima oleh Allah.


kalau kite mampu uruskan mase kite dengan baik, insyaAllah masa kite akan sentiase terisi dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepade kite. jadi bagaimana nak uruskan masa kite dengan baik? konsepnye begini "perkare yang tidak penting tidak perlu didahulukan daripada perkara yang lebih penting. ape2 sahaje yang telah ditetapkan pada waktu yang lain tak perlu dipercepatkan/dilewatkan. ianye mesti dilaksanekan pada waktunye". jika kite berpegang kepada konsep ni, insyaAllah masa kite akan nampak teratur dan cantik je. 


sebagai student, dah menjadi tanggungjawab kite untuk menuntut ilmu. semampu yang boleh, kite balancekan ilmu duniawi dan ukhrawi. dengan cara itu barulah kite tak rugi. dunia dapat, akhirat pun dapat. dalam pada kite tunaikan tanggungjawab sebagai student tu, jangan abaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. tunaikan solat di awal waktu, jangan percepatkan atau lewatkan. ok?


selain bekerja, kite kena ada masa untuk berehat jugak. saidina Ali ra berkata "rehatkanlah hati selepas setiap masa, kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta". maknenye macam ni. sebagai pelajar, kite ade banyak tugas kan? bile kite tekun dan sabar nak siapkan tugas tu, secare tak sedar jiwa kite akan jadi bosan. yela sape tak bosan asyik mengadap tugas lame2. tatkala itu, rehatkanlah badan dan minda kite. dikhuatiri, kalau kite tak ade tempoh untuk berehat akan mengganggu kesinambungan tugas, diri sendiri, keluarga dan masyarakat. nabi Muhammad saw bersabda "sesungguhnya terdapat hak ke atas kamu untuk badan kamu, dan terdapat hak ke atas kamu untuk ahli keluarga kamu, dan terdapat hak ke atas kamu untuk orang yang menziarahi kamu" (riwayat al-bukhari) so buat keje tu jangan lupe rehat ye!


ape yang baik datang daripada Allah, dan ape yang buruk datang daripada kelemahan diri aku sendiri. perkongsian ilmu yang sikit ni, diharap dapat memberi manfaat kepada semua. semoga kite diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah swt. insyaAllah. :)

Wednesday 29 June 2011

TAK BERTAJUK

assalamualaikum wbt. 
wah dah lame sangat tak update pape kat sini. semua pasal masum kat upm sampai aku tak sempat nak jenguk blog. insyaAllah dalam mase yang terdekat ni, aku akan cube update dengan topik-topik yang kite tau, tapi mudah kite lupe. name pun manusia kan. so, sampai sini dulu. adiosaaa..~

Wednesday 25 May 2011

TOP 8: PERKARA YANG PATUT DILAKUKAN DI WAKTU PAGI UNTUK MENJAGA PENAMPILAN.

assalamualaikum wbt.
entri kali ni aku nak bagi talk sikit pasal penampilan. waktu pagi, banyak aktiviti boleh dilakukan sebenarnye sebelum pergi keje atau pun dalam kes aku, pegi kelas. tu pun kalau korang jenis yang bangun awal la kan. mainly untuk lelaki je, tapi ade certain point tu wanita pun boleh amalkan. jom usha!


nombor 8: menggunekan minyak wangi.
- gune minyak wangi yang sesuai dengan perwatakan korang. seelok-eloknye, jangan terlalu kerap menukar minyak wangi. untuk kesan yang lebih lame, gunekan minyak wangi bersame deodorant dan sabun yang mempunyai bau yang seakan-akan same. untuk wanita, boleh pakai minyak wangi, tapi jangan pakai banyak-banyak sangat. nanti takut ramai lelaki yang follow belakang. 

nombor 7: minum kopi
- tak kesah pun kopi ke, nescafe ke. pape je yang mempunyai kafein. bukan ape, kafein merupekan anti oksidan yang boleh membantu korang kelihatan muda sentiase. ni fakta ni, bukan aku reka tau. 

nombor 6: gunekan pencuci muke
- untuk kulit yang lebih cerah, urutkan muke anda dengan pencuci muke yang berkualiti. untuk nampak segar waktu pagi-pagi tu kan, bilas dengan air sejuk. confirm muke tu terkejut, so akan jadi legih segar la kan.

nombor 5: buat push up
- tau tak ape push up tu? bahase biase, pumping. push up lepas bangun tidur sangat bagus dan bermanfaat. otot-otot korang akan lebih mudah terbentuk waktu pagi. korang akan nampak yakin dan tinggi sepanjang hari tau. di samping tu, tak la korang jadi mengantuk semula lepas bangun tidur kan. untuk wanita, kalau tak biase push up, mungkin lompat bintang boleh dicube.

nombor 4: bercukur
- penting untuk bercukur ni. wanita suke lelaki yang mukenye licin. jadi pastikan setiap pagi, korang yag lelaki-lelaki ni ambil mase beberape minit untuk cek muke tu. tapi tak semestinye kene cukur tiap-tiap hari ok. agak-agak dah tumbuh sikit, cukur la.

nombor 3: lembapkan kulit dengan krim. 
- yang ni mesti wanita selalu dah buat kan? bagus. sebenarnye losyen pun boleh jugak. supaye kulit sentiase terjage sepanjang hari. 

nombor 2: ambil sarapan yang power.
- jangan makan yang berminyak. kalau boleh, makan yang ade protein, cereal, oat, sayur atau pun telur. makanan macam orang nak bina badan je. pandai-pandai la mix and match makanan ni ye. kalau tengah rushing, minum susu atau pun jus buah je pun ok.

nombor 1: workout
- maknenye macam pergi gim la. joging pun ok jugak. lepas penat keje seminggu, korang punye tahap stress insyaAllah akan berkurang dengan care ni. kasi keluar semua peluh-peluh tu. yang ni boleh diamalkan time weekend. kalau weekdays, masing-masing ade tugasan lain kan.

ni lah antara perkare-perkare yang boleh dilakukan waktu pagi untuk jage penampilan. sebenarnye banyak lagi, tapi aku rase yang ni je logik untuk korang amalkan. so selamat mencube ye. adiosaaa..~




p/s: gambar tu ilustrasi je. tak semestinye gune produk tu dan lakukan begitu. kalau-kalau ade info tambahan, jangan segan untuk berkongsi ye. =)

Tuesday 24 May 2011

FOBIA CINTA

pijakan kaki bagai tak terasa
setiap kali lihat kau tersenyum mesra
tapi hati masih tak berani lagi
menghampiri

denyutan jantung aku tergendala
kerana hati aku berkata-kata
jangan terkena untuk kali kedua
kan sengsara

bukan aku tak sudi bersama
cuma diri tak sanggup terluka
dulu terlalau percaya 
tak sangka aku mangsa
fobia cinta 

kini kau datang tawarkan segala
bulan dan bintang seluruh angkasa
namun aku masih ragu-ragu jua
tak terima

bukan aku tak sudi bersama
cuma diri tak sanggup terluka
dulu terlalu percaya 
tak sangka aku mangsa
fobia cinta

entah bila
akan dapat percaya semula
oh manusia yang kata
cintai mereka
adakah aku fobia cinta

bukan aku tak sudi bersama
cuma diri tak sanggup terluka
dulu terlalu percaya
tak sangka aku mangsa
fobia cinta 

denyutan jantung aku tergendala...


fobia cinta by nashrin 

assalamualaikum wbt
fobia cinta. bace tajuk lagu pun boleh agak yang penyanyi nak sampaikan bahawe dirinye tidak lagi yakin untuk bercinta. tapi tu pasal penyanyi tu. aku begitu jugak ke? no komen. semoga hati aku terbuka untuk menerima wanita yang mencintai aku seadenye. insyaAllah. 

RUKUN SOLAT

assalamualaikum wbt.

entri kali ni aku nak cakap pasal rukun solat. bukan rukun sembahyang tau, rukun solat. ade beze tuh. =) solat merupekan tiang agame. sesiape yang meninggalkan solat, sesungguhnye die meruntuhkan agamenye. ini perkare asas yang wajib kite tau. 


ok berbalek kepade soal rukun solat, semuenye ade 13 rukun solat. kemudian daripade 13 rukun solat itu, kite boleh kategorikan pula kepade 3 rukun, iaitu rukun qalbi (hati), rukun fi'li (perlakuan) dan rukun qauli (perkataan). rukun qalbi adelah rukun yang berasaskan kepade hati, rukun fi'li adelah rukun yang berasaskan kepade perbuatan anggota badan manakale rukun qauli adelah rukun yang berasaskan kepade sebutan dan bacaan. 


ok sekarang, kite listkan rukun solat dengan kategori yang sepatotnye. 

1) niat - qalbi
2) berdiri betul (bagi yang mampu) - fi'li
3) takbiratul ihram - qauli
4) membace surah al-fatihah - qauli
5) rukuk - fi'li
6) iktidal beserta tomakninah - fi'li
7) sujud - fi'li 
8) duduk antare 2 sujud - fi'li
9) duduk tahiyat akhir - fi'li
10) bacaan tahiyat akhir - qauli
11) selawat ke atas nabi -qauli
12) lafaz salam yang pertame - qauli
13) tertib - qalbi 


aku tau korang semue aware dengan perkare ni. cume mengingatkan sesame insan. selamat beramal ye kawan-kawan. adiosaaa..~ =)

Sunday 22 May 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT

assalamualaikum wbt.
semalam, negare dikejutkan oleh tragedi tanah runtuh di hulu langat yang melibatkan sebuah rumah anak-anak yatim di situ. seramai 16 orang penghuni rumah tersebut disahkan meninggal dunia, sementare beberape orang lagi (tak pasti berape) dirawat di hospital ampang.

rumah anak-anak yatim tersebut

antare mangse-mangse yang terselamat


 tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan lebat yang turun sebelum kejadian. siasatan mendapati, sebelum kejadian berlaku sedikit gerakan tanah telah dikesan oleh pakar namun tiada tindakan yang diambil. diharap, kejadian sebegini tidak lagi berlaku. same-same la kite sedekahkan surah al-fatihah kepade mangse. al-fatihah. sekian, adiosaaa..~

Friday 20 May 2011

./;')%<:"+!$~^*${|?:>{{}_+()*

assalamualaikum wbt.
oh tajuk tu. tu sebab aku xtau nak tulis tajuk ape. sebab macam2 perkare otak aku tengah fikir. kejap2 hal ni, then tibe2 terfikir pasal hal ni, xpasal2 hal laen pulak yang timbul. aku selalu tertanye2, fikiran aku jadi serabut macam ni sebab diri aku sendiri ke? atau memang dunia sekarang makin serabut? 
      bile pagi menjelma, otak aku berfikir "ape yang patut aku buat pagi2 macam ni? baik aku tido je". bile tengah hari menjelma, otak aku berfikir lagi "nak buat ape ni? aku macam ade banyak perkare nak buat, tapi ape?". bile aku rajin sikit nak belek nota, otak aku ligat berfikir lagi. bukan pasal nota, tapi pasal mase depan. "betul ke tindakan aku macam ni? ape yang patot aku buat sebenarnye? bile la nota ni nak abes? bile aku nak abes belajar? boleh ke aku patah balek ke mase dulu?" bile malam menjelma pulak, perkare yang same aku fikir untuk kali yang ke berape entah. korang tau x, mende2 macam ni yang sering terjadi kat aku. tengah seronok buat satu keje, tetibe otak berfikir pasal hal laen. kalau kadang2 xpela jugak. tapi ni selalu kot. kadang2 tu aku rase macam nak hentak kepale kat dinding je. tapi mende tu menyakitkan aku pulak. ape yang perlu aku buat ni!!!?
      haa ni pasal politik lak. bile aku bukak televisyen, x abes2 dengan politik. sorang cakap parti ni main taktik kotor. sorang lagi cakap parti kami adalah terbaik! bile politik malaysia ni nak aman? pasal hal ni, aku rase macam malas nak membesar, malas nak amek tau pasal negara. kalau korang tengok tv, xkan korang xperasan semua saluran tv menyiarkan kehebatan kecemerlangan ketereran satu parti je. adakah itu bermakna parti yang laen sangat sampah? sehinggakan setiap kali berita, pasti wajib dan haram kalau xde, kutukan terhadap parti yang sampah itu. jika benar ianya sampah, xkan la rakyat boleh mengundi mereka? bagi aku, sangat xpatut saluran tv yang merupekan 1 medium bagi rakyat mengetahui berita2 terkini negara hanye menyiarkan perkare2 baek yang dilakukan 1 parti, dan berterusan mengutuk parti yang 1 lagi. sepatutnye, mereka lebih adil. sebab mende2 macam ni, aku jadi meluat gile dengan politik malaysia, dengan berite2. sekarang kalau aku bukak tv, aku just tonton saluran sukan je. xtau lah aku kalau saluran sukan pun maen politik jugak. 
      sem depan aku dengar dak farmasi kena pakai formal setiap kali nak ke kelas. ni 1 mende lagi yang buat aku hangin 1 badan. panas ko tau tak! nak kena beli baju lagi, seluar lagi, bajet aku lari la kalau macam ni. ape motifnye pegi kelas pakai smart2 macam tu? nak tunjuk profesionalisme ke? atau nak didik supaye semangat sikit nak pegi kelas? entah, kepale aku xboleh berfikir dengan waras sekarang. macam2 mende aku nak coretkan kat sini. tapi kang, aku meluat dengan diri sendiri pulak. 

p/s : kepale otak tengah serabut. sekian. adiosaaa..~
      


Thursday 12 May 2011

AKU RINDU...

aku rindu kawan2 aku
aku rindu suasana peperiksaan kat kolej
aku rindu riadah kat kolej
aku rindu kafe
aku rindu kolej
haa??rindu kolej??
pleaseeee~
haha

Saturday 23 April 2011

PART TIME..ANYONE??

assalamualaikum wbt. tamat sudah peperiksaan yang menyiksa jiwa dan raga aku untuk 3 minggu berturut2. pelbagai kerenah dan tingkah laku yang dapat aku perhatikan: bila tension terus tidor, ade yang saje membuat onar dengan mengganggu sahabat laen yang khusyuk lagi tawaduk sedang menelaah pelajaran, ade yang main video game, dan macam2 kerenah lagi. semuanye kerana exam. mungkin ade yang naik berat badan kerana exam. mungkin ade yang putus cinta kerana exam. mungkin ade yang nak bunuh diri kerana exam. apa yang dapat aku katakan kat sini, exam dah habis so turunkan la ape yang dah naik tu, sambung la semula ape yang putus tu, dan bunuh la perasaan nak bunuh diri tu. sem depan insyaAllah ade exam lagi, simpan untuk sem depan pulak ye. hehehe.
        bile exam dah habis, ade yang menjerit kegirangan. ade yang menangis kegembiraan, ade yang melompat keriangan, ade yang menangis kesedihan sebab time jawab paper tu banyak buat mistake. tak kisah la pape pun. ape yang dapat aku katakan lagi kat sini, exam dah habis. hehehe. 
       cuti yang menanti dilihat sebagai medan untuk melaksanakan pelbagai perkara. ade yang nak berehat sepuas2nye, ade yang nak study untuk next sem, ade yang nak membantu ibu bapa di kampung dan macam2 lagi. bile cuti tibe, satu persoalan pasti akan muncul di benak fikiran semua orang, aku pasti. iaitu, "cuti ni aku nak kerja lah". ye, sewaktu cuti2 sebegini pasti ade dalam kalangan kite yang mahu bekerja. anda bagaimane?? 
        aku dah confirm dapat kerja waktu cuti ni, iaitu membantu abah aku di kebun kelapa sawitnye. sewaktu cuti menunggu keputusan SPM dahulukala, itulah pekerjaan part time aku. dapat gaji, tapi tak la loaded mane pun. setakat mampu untuk topup tu boleh la. hehehe.
    ye, membantu abah aku di kebun kelapa sawitnye. bagi aku, ianya 'cukup menyeronokkan'. mungkin ade yang mempersoalkan, "ko ni pandai ke berkebun??". ingin aku nyatekan disini, aku dah start membantu abah aku di kebun sejak darjah 5 lagi. jadi setakat mencangkul tu, insyaAllah tiada masalah. (errr takde nada riak kan??hehe) macam2 kerja yang boleh aku buat kat kebun tu, antaranye meracun rumput2 dan lalang2 yang tumbuh meninggi, membaja pokok2 kelapa sawit, dan menembak ayam hutan. jeng3. ni part paling seronok bile pergi kebun. boleh tembak ayam hutaaaaaan. hehehe.
       cukup setakat ini aku coretkan aktiviti yang bakal aku tempuhi bile cuti menjelma. bagi anda, aktiviti ini mungkin agak membosankan tapi tidak mengapa. kerana aku rase bosan jugak sebenarnye. hahaha. sekian. adiosaaa..~

p/s: ayat skema sikit malam ni. efek exam tak hilang lagi kot. hehehe

Sunday 17 April 2011

PERUBAHAN..??

assalamualaikum wbt.. disebabkan exam week, aku tak berape nak boleh update blog.. tapi disebabkan ade mase free macam sekarang, aku rase terpanggil untuk update pulak..hehe..
      kali ni aku rase macam nak bercakap pasal perubahan.. mesti korang semua pernah lalui perubahan.. betol tak? tak? errr tipu lah kan kalo tak pernah..hehe.. macam2 perubahan akan dilalui.. 1st) korang pindah rumah dan ade persekitaran baru. 2nd) korang berhenti mencuri setelah jadi otai dalam kerja2 mencuri ni (hehehe). 3rd) korang bertukar2 kekasih sebab rase kekasih yang baru diputuskan tu tak menarik (baru perasan??) dan macam2 lagi jenis perubahan.. 
      tak kire lah korang lalui perubahan yang macam mane, diharap korang ambil perkara yang positif dalam perubahan yang korang lalui.. macam aku, antare perubahan yang pernah aku lalui ialah masuk sekolah asrama bile masuk form 1 (dalam adik beradik aku, aku sorang je yang masuk asrama sejak form 1 tau). 2 tahun aku kat sekolah tu, akhirnye sampai kepade pengakhiran.. abah aku suruh aku pindah sekolah yang dekat dengan rumah.. sebabnye?? aku kat sekolah tu bukan bertambah pandai pun.. result hancusss.. dah tu ape perkare positifnye?? haaa macam yang abah aku cakap kat aku dulu "abangde (panggilan manje aku kat rumah.hik2), abah tengok perkare bagus yang abangde dapat time kat sekolah tu ialah abangde sekarang dah kurus.syabbas mera betta (err yang ni aku reka.hehehe)" tu lah perkare positifnye.. ape?? tak positif langsung?? positif lah tu.. sekurang2nye, aku terhindar daripada dapat penyakit macam obesiti ke, sakit jantung ke, mati pucuk ke (hehehe)..
bile kite ambil perkare yang positif daripada perubahan tersebut, insyaAllah secare automatik kite tak akan rase nak patah balik kepade keadaan 'default' kite.. contohnye, orang yang berhenti merokok.. mungkin kawan2nye akan cakap begini "ala poyo la lu berhenti hisap rokok. nak tunjuk baik lah tu" susah nak jumpe kawan2 yang memberi kata2 perangsang bile berade dalam situasi sebegitu.. bile jadi macam ni, ade kemungkinan orang tersebut akan hisap rokok semule.. sedangkan die mempunyai akal untuk berfikir "bile aku hisap rokok, aku senang dapat kanser paru2 (contoh)". tak pun "bile aku hisap rokok, anak bini aku nanti dapat sakit yang lagi teruk daripada aku".. bile kite boleh berfikiran begini, sudah jelas lagi nyate, kite tak akan patah balik kepade keadaan asal kite.. 
jadi kawan2, silekan berubah jika untuk kebaikan.. abaikan cakap2 belakang yang melunturkan semangat anda untuk berubah.. maaf jika ade terkasar bahase di mane2.. sekian.. adiosaaa..~


p/s : seronoknye ade gap tatkala exam sedang menyerang..lalalaa~



Wednesday 6 April 2011

MAKA BERMULALAH...

assalamualaikum wbt.
hai abg dol!
lame xberkunjung ke cni.
almaklumla,bz week dh start iaitu study week.
hehehe
ape??ak xstdy??
tolong cket,kuat stdy kot.
sejam stdy,2 jam maen game.
ok what.
pastu dpt result beguling2 nangeh.
huhuhuh
anyway abg dol,byk perkare nk dicritekn.
tp,tggu ak free dlu la ye.
stay tuned,stay up,stay slim.
hingge berbloging lg.
sekian.
adiosaaa..~

Wednesday 23 March 2011

DSLR

assalamualaikum wbt.
semenjak 2 menjak 3 menjak ni,kepale ak asek pk pasal kamera dslr je.
ye,dslr yg lawa tu.
ak dh lame ngidam nk bli kamera tu.
sumenye sbb minat.
tp byk prkare yg perlu diconsider kalo nk bli kamera tu.
1st,keperluan atau kehendak.
jawapan ak,dua2.
hehehe.
ak suke nk snap gmbr2 candid,pemandangan yg lawa2,makhluk tuhan yg lawa2(ehem3)
mmg la pkai kamera digital yg bese pn bole jgk.
tp ade smthg special kt dslr yg wt ak mahu memiliki sebijik.



bile pk pulak,dslr ni mcm2 jnis bhai.
ade nikon,canon,pentax dan mcm2 lg.
jadi yg mne satu nk agkat nih?
ak pilih canon sbb lpas try2 gne kawan2 pnye (hehe),ak lbih sng ng canon.
canon lak ade mcm2 jnis lg.
haaa yg ni ak still nga pk nk amek yg mne satu.
mengikut kate2 kawan ak,kalo bajet rendah amek canon eos 1000d.
kalo bajet tggi,amek canon eos 550d.
disebabkn ak still freshie lam tgkap2 gmbr ni,ak amek yg bajet rendah tuuu.
hehehe.
bile nk bli?
good question.
sem depan la sbb duit sem ni da kering kontang.
hehehe.
papehal pn,maseh byk mase utk pk.
so baek pk masak2.
sekian.
adiosaaa..~

Tuesday 15 March 2011

FUHYO!!!

peh....peh....peh....peh.........
tau nape ak ckp 'peh'?
sbb ni first time tulih blog beb! 
weee~
excited kah?
bak kate industan,tora-tora..hehe
anyway,since ni post pertame ak,ak malas nk tulih pnjg2.
nt ak nk mtk tolong shbt ak edit mnde alah ni.
kasi cun2 cket,mcm skandal2 ak.haha (kidding2. =P)
adiosaaa..~