Tuesday 6 September 2011

TANDA-TANDA ANDA SIHAT WALAFIAT.

assalamualaikum wbt. 

bertemu kembali setelah penat menjalankan ibadah puasa dan penat beraya bersama keluarga. SELAMAT HARI RAYA SEMUA! this time around, aku nak kasik tau sama korang tentang bagaimana korang nak tahu sama ada korang sihat atau pun tidak. benda ni lebih berkaitan dengan tahap kecergasan gitu. jom sama-sama kita baca..~

1) korang punya resting heart rate bersamaan dengan 70 degupan seminit atau kurang daripada tu. kalau lebih tinggi daripada ni, korang kena selalu bersenam lah nampaknya. tak susah pun bersenam kan. cuma nak tak nak buat je. hehehe. haa cuba cek sekarang.

2) kuku korang berwarna merah jambu lembut gitu. awwww~. ok serius. disamping itu, permukaan kuku tersebut licin, bukan kasar. kalau berwarna kuning, ada kaitan dengan penyakit respiratori tau.

3) air kencing korang berwarna jernih, bukan lutsinar dan bukan kuning. ini bermakna badan korang telah menerima air yang mencukupi untuk sistem dalam badan.

4) korang bole push ups 20 kali dalam 1 percubaan. bagi lelaki la. benda ni boleh buat bila-bila masa. bosan-bosan tengah makan, haa buat lah. 

5) korang boleh berlari sejauh 1 batu (1.6 km) dalam masa 15 minit. lagi cepat, lagi bagus. kalau melebihi 15 minit, tahap kecergasan korang perlu diperbaiki. 

6) pembuangan air besar (berak) korang pada waktu yang sama setiap hari. ini berkaitan dengan jumlah pengambilan air sehari selain daripada jumlah kanji. kalau nak senang buang air besar, makan betik/pisang dan minum banyak air kosong.

7) korang mampu bangun setiap pagi tanpa perlu mengunci alarm. tapi yang ni confirm kena tidur awal dulu malam tu kan. kalau tidur lewat, jangan harap laaa.

8) berat korang sekarang dalam lingkungan 10 paun (4.5 kg) dari berat ideal yang sesuai untuk korang. periksa BMI untuk ketahui berat ideal korang. 

9) selepas bersenam, heart rate korang kembali normal (70 denyutan seminit) dalam masa 5 minit. kalau lagi cepat, itu maknanya korang dalam keadaan yang sangat bagus. 

10) korang ingat bila kali terakhir buat pemeriksaan kesihatan. hahaha. yang ni aku rasa tak ramai yang buat. cuma waktu nak masuk kolej/universiti baru buat kan. jangan tipu lah. hehehe

jadi, korang dah baca tanda-tanda sihat atau pun tidak. bagaimana keadaan korang sekarang? sihat atau pun tidak? kalau tak sihat, masih sempat untuk perbaiki tahap kesihatan tersebut. selain daripada senaman, jaga pemakanan juga ok. semoga kita sihat dan cergas sentiasa. sekian. tata~

2 comments:

Danial Razak said...

Aku tak tahu aku sihat ke tak.hahaaa.

SYAHEER said...

member2 tau ko sihat ke tak.haha