Wednesday 25 May 2011

TOP 8: PERKARA YANG PATUT DILAKUKAN DI WAKTU PAGI UNTUK MENJAGA PENAMPILAN.

assalamualaikum wbt.
entri kali ni aku nak bagi talk sikit pasal penampilan. waktu pagi, banyak aktiviti boleh dilakukan sebenarnye sebelum pergi keje atau pun dalam kes aku, pegi kelas. tu pun kalau korang jenis yang bangun awal la kan. mainly untuk lelaki je, tapi ade certain point tu wanita pun boleh amalkan. jom usha!


nombor 8: menggunekan minyak wangi.
- gune minyak wangi yang sesuai dengan perwatakan korang. seelok-eloknye, jangan terlalu kerap menukar minyak wangi. untuk kesan yang lebih lame, gunekan minyak wangi bersame deodorant dan sabun yang mempunyai bau yang seakan-akan same. untuk wanita, boleh pakai minyak wangi, tapi jangan pakai banyak-banyak sangat. nanti takut ramai lelaki yang follow belakang. 

nombor 7: minum kopi
- tak kesah pun kopi ke, nescafe ke. pape je yang mempunyai kafein. bukan ape, kafein merupekan anti oksidan yang boleh membantu korang kelihatan muda sentiase. ni fakta ni, bukan aku reka tau. 

nombor 6: gunekan pencuci muke
- untuk kulit yang lebih cerah, urutkan muke anda dengan pencuci muke yang berkualiti. untuk nampak segar waktu pagi-pagi tu kan, bilas dengan air sejuk. confirm muke tu terkejut, so akan jadi legih segar la kan.

nombor 5: buat push up
- tau tak ape push up tu? bahase biase, pumping. push up lepas bangun tidur sangat bagus dan bermanfaat. otot-otot korang akan lebih mudah terbentuk waktu pagi. korang akan nampak yakin dan tinggi sepanjang hari tau. di samping tu, tak la korang jadi mengantuk semula lepas bangun tidur kan. untuk wanita, kalau tak biase push up, mungkin lompat bintang boleh dicube.

nombor 4: bercukur
- penting untuk bercukur ni. wanita suke lelaki yang mukenye licin. jadi pastikan setiap pagi, korang yag lelaki-lelaki ni ambil mase beberape minit untuk cek muke tu. tapi tak semestinye kene cukur tiap-tiap hari ok. agak-agak dah tumbuh sikit, cukur la.

nombor 3: lembapkan kulit dengan krim. 
- yang ni mesti wanita selalu dah buat kan? bagus. sebenarnye losyen pun boleh jugak. supaye kulit sentiase terjage sepanjang hari. 

nombor 2: ambil sarapan yang power.
- jangan makan yang berminyak. kalau boleh, makan yang ade protein, cereal, oat, sayur atau pun telur. makanan macam orang nak bina badan je. pandai-pandai la mix and match makanan ni ye. kalau tengah rushing, minum susu atau pun jus buah je pun ok.

nombor 1: workout
- maknenye macam pergi gim la. joging pun ok jugak. lepas penat keje seminggu, korang punye tahap stress insyaAllah akan berkurang dengan care ni. kasi keluar semua peluh-peluh tu. yang ni boleh diamalkan time weekend. kalau weekdays, masing-masing ade tugasan lain kan.

ni lah antara perkare-perkare yang boleh dilakukan waktu pagi untuk jage penampilan. sebenarnye banyak lagi, tapi aku rase yang ni je logik untuk korang amalkan. so selamat mencube ye. adiosaaa..~




p/s: gambar tu ilustrasi je. tak semestinye gune produk tu dan lakukan begitu. kalau-kalau ade info tambahan, jangan segan untuk berkongsi ye. =)

Tuesday 24 May 2011

FOBIA CINTA

pijakan kaki bagai tak terasa
setiap kali lihat kau tersenyum mesra
tapi hati masih tak berani lagi
menghampiri

denyutan jantung aku tergendala
kerana hati aku berkata-kata
jangan terkena untuk kali kedua
kan sengsara

bukan aku tak sudi bersama
cuma diri tak sanggup terluka
dulu terlalau percaya 
tak sangka aku mangsa
fobia cinta 

kini kau datang tawarkan segala
bulan dan bintang seluruh angkasa
namun aku masih ragu-ragu jua
tak terima

bukan aku tak sudi bersama
cuma diri tak sanggup terluka
dulu terlalu percaya 
tak sangka aku mangsa
fobia cinta

entah bila
akan dapat percaya semula
oh manusia yang kata
cintai mereka
adakah aku fobia cinta

bukan aku tak sudi bersama
cuma diri tak sanggup terluka
dulu terlalu percaya
tak sangka aku mangsa
fobia cinta 

denyutan jantung aku tergendala...


fobia cinta by nashrin 

assalamualaikum wbt
fobia cinta. bace tajuk lagu pun boleh agak yang penyanyi nak sampaikan bahawe dirinye tidak lagi yakin untuk bercinta. tapi tu pasal penyanyi tu. aku begitu jugak ke? no komen. semoga hati aku terbuka untuk menerima wanita yang mencintai aku seadenye. insyaAllah. 

RUKUN SOLAT

assalamualaikum wbt.

entri kali ni aku nak cakap pasal rukun solat. bukan rukun sembahyang tau, rukun solat. ade beze tuh. =) solat merupekan tiang agame. sesiape yang meninggalkan solat, sesungguhnye die meruntuhkan agamenye. ini perkare asas yang wajib kite tau. 


ok berbalek kepade soal rukun solat, semuenye ade 13 rukun solat. kemudian daripade 13 rukun solat itu, kite boleh kategorikan pula kepade 3 rukun, iaitu rukun qalbi (hati), rukun fi'li (perlakuan) dan rukun qauli (perkataan). rukun qalbi adelah rukun yang berasaskan kepade hati, rukun fi'li adelah rukun yang berasaskan kepade perbuatan anggota badan manakale rukun qauli adelah rukun yang berasaskan kepade sebutan dan bacaan. 


ok sekarang, kite listkan rukun solat dengan kategori yang sepatotnye. 

1) niat - qalbi
2) berdiri betul (bagi yang mampu) - fi'li
3) takbiratul ihram - qauli
4) membace surah al-fatihah - qauli
5) rukuk - fi'li
6) iktidal beserta tomakninah - fi'li
7) sujud - fi'li 
8) duduk antare 2 sujud - fi'li
9) duduk tahiyat akhir - fi'li
10) bacaan tahiyat akhir - qauli
11) selawat ke atas nabi -qauli
12) lafaz salam yang pertame - qauli
13) tertib - qalbi 


aku tau korang semue aware dengan perkare ni. cume mengingatkan sesame insan. selamat beramal ye kawan-kawan. adiosaaa..~ =)

Sunday 22 May 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT

assalamualaikum wbt.
semalam, negare dikejutkan oleh tragedi tanah runtuh di hulu langat yang melibatkan sebuah rumah anak-anak yatim di situ. seramai 16 orang penghuni rumah tersebut disahkan meninggal dunia, sementare beberape orang lagi (tak pasti berape) dirawat di hospital ampang.

rumah anak-anak yatim tersebut

antare mangse-mangse yang terselamat


 tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan lebat yang turun sebelum kejadian. siasatan mendapati, sebelum kejadian berlaku sedikit gerakan tanah telah dikesan oleh pakar namun tiada tindakan yang diambil. diharap, kejadian sebegini tidak lagi berlaku. same-same la kite sedekahkan surah al-fatihah kepade mangse. al-fatihah. sekian, adiosaaa..~

Friday 20 May 2011

./;')%<:"+!$~^*${|?:>{{}_+()*

assalamualaikum wbt.
oh tajuk tu. tu sebab aku xtau nak tulis tajuk ape. sebab macam2 perkare otak aku tengah fikir. kejap2 hal ni, then tibe2 terfikir pasal hal ni, xpasal2 hal laen pulak yang timbul. aku selalu tertanye2, fikiran aku jadi serabut macam ni sebab diri aku sendiri ke? atau memang dunia sekarang makin serabut? 
      bile pagi menjelma, otak aku berfikir "ape yang patut aku buat pagi2 macam ni? baik aku tido je". bile tengah hari menjelma, otak aku berfikir lagi "nak buat ape ni? aku macam ade banyak perkare nak buat, tapi ape?". bile aku rajin sikit nak belek nota, otak aku ligat berfikir lagi. bukan pasal nota, tapi pasal mase depan. "betul ke tindakan aku macam ni? ape yang patot aku buat sebenarnye? bile la nota ni nak abes? bile aku nak abes belajar? boleh ke aku patah balek ke mase dulu?" bile malam menjelma pulak, perkare yang same aku fikir untuk kali yang ke berape entah. korang tau x, mende2 macam ni yang sering terjadi kat aku. tengah seronok buat satu keje, tetibe otak berfikir pasal hal laen. kalau kadang2 xpela jugak. tapi ni selalu kot. kadang2 tu aku rase macam nak hentak kepale kat dinding je. tapi mende tu menyakitkan aku pulak. ape yang perlu aku buat ni!!!?
      haa ni pasal politik lak. bile aku bukak televisyen, x abes2 dengan politik. sorang cakap parti ni main taktik kotor. sorang lagi cakap parti kami adalah terbaik! bile politik malaysia ni nak aman? pasal hal ni, aku rase macam malas nak membesar, malas nak amek tau pasal negara. kalau korang tengok tv, xkan korang xperasan semua saluran tv menyiarkan kehebatan kecemerlangan ketereran satu parti je. adakah itu bermakna parti yang laen sangat sampah? sehinggakan setiap kali berita, pasti wajib dan haram kalau xde, kutukan terhadap parti yang sampah itu. jika benar ianya sampah, xkan la rakyat boleh mengundi mereka? bagi aku, sangat xpatut saluran tv yang merupekan 1 medium bagi rakyat mengetahui berita2 terkini negara hanye menyiarkan perkare2 baek yang dilakukan 1 parti, dan berterusan mengutuk parti yang 1 lagi. sepatutnye, mereka lebih adil. sebab mende2 macam ni, aku jadi meluat gile dengan politik malaysia, dengan berite2. sekarang kalau aku bukak tv, aku just tonton saluran sukan je. xtau lah aku kalau saluran sukan pun maen politik jugak. 
      sem depan aku dengar dak farmasi kena pakai formal setiap kali nak ke kelas. ni 1 mende lagi yang buat aku hangin 1 badan. panas ko tau tak! nak kena beli baju lagi, seluar lagi, bajet aku lari la kalau macam ni. ape motifnye pegi kelas pakai smart2 macam tu? nak tunjuk profesionalisme ke? atau nak didik supaye semangat sikit nak pegi kelas? entah, kepale aku xboleh berfikir dengan waras sekarang. macam2 mende aku nak coretkan kat sini. tapi kang, aku meluat dengan diri sendiri pulak. 

p/s : kepale otak tengah serabut. sekian. adiosaaa..~
      


Thursday 12 May 2011

AKU RINDU...

aku rindu kawan2 aku
aku rindu suasana peperiksaan kat kolej
aku rindu riadah kat kolej
aku rindu kafe
aku rindu kolej
haa??rindu kolej??
pleaseeee~
haha